Apa Itu COGS?
– Kos bahan mentah.
– Kos tenaga kerja pembuatan.
Cara 1: Jika Tidak Berhutang dengan Supplier (Bayaran Penuh)
1. Pergi ke Menu > Belian.
2. Klik New Expense.
3. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tetapkan tarikh pembayaran dibuat.
- Butiran: Nyatakan butiran pembelian, seperti bahan mentah.
- Jumlah: Masukkan jumlah pembayaran.
- Sumber: Pilih sumber pembayaran seperti Bank atau Tunai.
- Lejar: Pilih Cost of Goods Sold (COGS).
- Nama Pembayar: (Opsional).
- Rujukan: Masukkan nombor resit atau invois (jika ada).
- Lampiran: Muat naik resit pembelian.
4. Klik butang Simpan untuk menyimpan transaksi.
Cara 2: Belian Bahan secara Hutang dengan Supplier
1. Pergi ke Menu > Belian.
2. Klik pada Invois Belian.
3. Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.
4. Pilih pembekal (supplier): Klik kotak Add Supplier dan cari nama pembekal.
5. Pilih lejar yang sesuai: Pilih Stock Purchased / Inventory (Curasset) untuk belian stok.
6. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Masukkan tarikh invois pembekal, termasuk backdated jika diperlukan.
- Tamat (Due Date): Masukkan tempoh bayaran balik (jika ada).
- Rujukan: Isikan nombor invois daripada pembekal.
7. Tambah produk: Klik pada Tambah Produk untuk memilih atau menambah bahan mentah yang dibeli.
8. Masukkan Remark (Opsional).
9. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod.
- Rekodkan semua transaksi dengan teliti untuk memastikan laporan akaun anda tepat.
- COGS akan dikira secara automatik dalam laporan kewangan anda berdasarkan rekod pembelian dan jualan.