Cara Rekod Pembelian Stok dengan Sistem Niagawan

Cara Rekod Pembelian Stok

Pembelian stok adalah langkah penting untuk memastikan stok barang atau produk yang dijual kepada pelanggan direkod dengan baik. Apabila produk dijual, sistem secara automatik akan mengira kos barang yang terjual, dikenali sebagai Cost of Sale (COGS), yang akan ditolak dalam laporan Untung Rugi.
Sebelum Rekod, Fahami Jenis Perniagaan Anda

1. Perniagaan Trading:
- Membeli produk daripada pembekal (supplier) dan menjualnya semula kepada pelanggan tanpa sebarang pengubahsuaian fizikal.
Contoh: Perniagaan runcit.

2. Perniagaan Manufacturing (Pembuatan):
- Membuat sendiri atau memproses produk sebelum menjual kepada pelanggan.
Contoh: Penghasilan makanan atau minuman.

Langkah untuk Rekod Belian Stok dari Pembekal

1. Akses Menu Belian: - Pergi ke Menu > Belian.
- Klik pada pilihan Invois Belian.

2. Tambah Rekod Baru:
Tekan butang ➕ Baru untuk memulakan rekod baru.

3. Pilih Pembekal:
- Klik pada kotak Add Supplier.
- Cari dan pilih nama pembekal yang berkaitan.

4. Tetapkan Lejar:
Pilih lejar yang sesuai seperti Stock Purchased / Inventory (Curasset) untuk pembelian stok.

5. Masukkan Maklumat Invois:
- Tarikh: Tetapkan tarikh invois, termasuk tarikh backdated jika diperlukan.
- Tamat (Due Date): Masukkan tempoh bayaran balik (jika ada).
- Rujukan: Isikan nombor invois dari pembekal.

6. Tambah Produk:
- Klik Tambah Produk.
- Pilih atau cari nama produk yang ingin direstok.

7. Tambah Remark (Opsional):
Jika perlu, masukkan nota tambahan dalam bahagian Remark.

8. Simpan Rekod:
Klik butang Simpan untuk mengesahkan transaksi.

Nota:

- Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan kesilapan dalam laporan akaun.

- Sistem akan menyimpan rekod dan mengemaskini stok secara automatik selepas transaksi disahkan.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes