Cara Rekod Pesanan Pembelian (Purchase Order) di Sistem Niagawan

Cara Rekod Pesanan Pembelian (Purchase Order)

Purchase Order (PO) adalah dokumen penting yang berfungsi sebagai kontrak sah antara pembeli dan penjual. Ia dikeluarkan oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan dan biasanya disiapkan sebelum penghantaran barang.

Berikut adalah panduan lengkap untuk merekodkan pesanan pembelian dan cara menukarnya kepada invois.

Cara Rekod Pesanan Pembelian (Purchase Order)

1. Pergi ke Menu Belian
Navigasi ke menu Belian dalam sistem.

2. Pilih Pesanan Pembelian
Klik pada pilihan Pesanan Pembelian (Purchase Order).

3. Tambah Rekod Baru
Tekan butang ➕ Baru untuk mula merekod pesanan baru.

4. Masukkan Nama Pembekal
Klik kotak Add Supplier dan cari nama pembekal dalam senarai.

5. Setkan Tarikh
Pilih tarikh pesanan pembelian.

6. Masukkan Tempat Penghantaran (Opsional)
Jika perlu, nyatakan alamat penghantaran..

7. Tambah Produk
Tekan butang Tambah Produk dan pilih barang yang ingin direstok.

8. Tambah Remark (Opsional)
Jika ada maklumat tambahan, masukkan ke dalam bahagian Remark.

9. Simpan Rekod
Akhir sekali, klik butang Simpan untuk menyimpan pesanan pembelian.

Cara Tukar Pesanan Pembelian kepada Invois

1. Pilih Opsyen 'Tambah Sebagai Invois'
Pada pesanan pembelian, klik butang Tambah Sebagai Invois (Add as Invoice).

2. Ikuti Langkah Rekod Invois
Setelah pesanan ditukar, ikuti langkah-langkah standard untuk merekodkan invois di sini.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes