Laporan Penyata Penyesuaian Bank Dalam Sistem Niagawan

Apa Itu Penyata Penyesuaian Bank?

Laporan Penyata Penyesuaian Bank adalah cara untuk memastikan transaksi dalam akaun bank anda sepadan dengan apa yang telah direkodkan dalam sistem anda.

Ia membantu anda mengenal pasti perbezaan, seperti cek yang belum ditunaikan, deposit yang belum dikreditkan, atau kesilapan rekod. Proses ini penting untuk memastikan kewangan syarikat kekal tepat dan teratur.

Langkah-Langkah Memahami Penyata Penyesuaian Bank

1. Baki Pembukaan (Opening Balance)

Baki pembukaan ialah jumlah wang dalam akaun bank anda pada awal bulan atau tempoh yang sedang dikira.

Di mana nak cari baki pembukaan?
- Rujuk baki bulan sebelumnya pada penyata bank anda.
- Anda juga boleh lihat baki terakhir yang diselaraskan dalam sistem anda.

Contoh:
Jika baki bulan sebelumnya ialah RM 1.65, itu adalah baki pembukaan anda untuk bulan ini.

Paparan baki pembukaan bulan sebelumnya dalam sistem.
Contoh baki pembukaan yang diambil dari penyata bank atau sistem.
2. Baki Sistem (System Balance)

Baki sistem ialah jumlah wang berdasarkan semua transaksi debit (keluar) dan kredit (masuk) yang telah direkodkan dalam sistem.

Apa yang termasuk dalam baki sistem?
- Bayaran dari pelanggan.
- Bayaran kepada pembekal.
- Transaksi lain seperti caj bank atau faedah.

Formula:
Debit−Kredit=Baki Sistem

Contoh:
Debit: RM1,370.00
Kredit: RM251.12

RM1,370.00 - RM251.12 = RM1,118.88

Baki Sistem = RM1,118.88

Paparan jumlah debit dan kredit yang direkodkan dalam sistem.
Baki sistem diambil daripada transaksi debit dan kredit yang telah direkodkan dalam sistem.
3. Tambah: Deposit yang Belum Dikreditkan oleh Bank (Outstanding Deposits)

Deposit ini adalah wang yang telah direkodkan dalam sistem tetapi belum lagi muncul dalam penyata bank.

Contoh Situasi:
Jika anda mendepositkan wang pada 19 September 2024 tetapi penyata bank masih kosong pada tarikh penyata semasa (misalnya bulan September belum dikreditkan), deposit tersebut perlu dimasukkan sebagai deposit yang belum dikreditkan.

Pastikan anda menyemak deposit seperti ini untuk dimasukkan dalam laporan.

Deposit yang belum dikreditkan oleh bank pada 19 September 2024 tetapi belum dipaparkan dalam penyata bank.
Contoh Deposit yang Belum Dikreditkan pada 19 September 2024.
4. Tolak: Cek Tidak Ditebus (Uncleared Cheques)

Cek yang belum ditebus ialah cek yang anda keluarkan tetapi penerima belum memproses atau menunaikannya di bank.

Contoh Situasi:
Jika anda telah membuat pembayaran pada 23 September 2024, tetapi cek tersebut belum diproses oleh bank pada tarikh penyata bank, maka jumlah tersebut perlu ditolak dalam penyata penyesuaian bank.

Begitu juga dengan resit tertunggak (wang yang diterima tetapi belum diproses oleh bank) yang perlu ditolak.

Cek yang belum ditebus pada 23 September 2024 dan belum diproses oleh bank
Contoh Cek Tidak Ditebus yang dikeluarkan pada 23 September 2024
5. Baki Diselaraskan (Adjusted Balance)

Baki diselaraskan ialah jumlah sebenar selepas mengambil kira semua transaksi tertunggak. Ini memberi anda gambaran sebenar kewangan anda pada akhir bulan.

Formula:
Deposit Belum Dikreditkan − Cek Tidak Ditebus = Baki Diselaraskan

Contoh:
Deposit Belum Dikreditkan: RM101.12
Cek Tidak Ditebus: RM10

RM101.12 - RM10 = RM 91.12

Baki Diselaraskan = RM91.12

Paparan pengiraan baki diselaraskan dalam sistem.
Baki diselaraskan mengambil kira semua deposit dan cek tertunggak.
6. Baki Penyata (Statement Balance)

Ini ialah baki terakhir yang perlu sepadan dengan apa yang dinyatakan dalam penyata bank anda selepas semua pelarasan dibuat.

Formula:
Baki Pembukaan + Baki Sistem + Baki Diselaraskan = Baki Penyata

Contoh: Baki Pembukaan: RM1.65
Baki Sistem: RM1,118.88
Baki Diselaraskan: RM91.12

RM 1.65 + RM 1,118.88 + RM 91.12 = RM 1,211.65

Baki Penyata = RM1,211.65

Paparan baki penyata akhir selepas semua pelarasan dibuat.
Baki penyata perlu sepadan dengan jumlah dalam penyata bank selepas diselaraskan.
Nota Penting​

Apa perlu dibuat jika tidak sepadan?
Semak semula penyata bank dan rekod sistem anda. Pastikan semua transaksi dimasukkan dengan betul.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes