Cara Setup SST Pada Sistem Niagawan

Untuk menggunakan SST dalam Niagawan,  anda boleh mula dengan menetapkan butiran pendaftaran SST anda.

1. Aktif Dan Masukkan Butiran SST Bisnes

Pada menu SST, pilih Tetapan  – Am, aktifkan SST dan masukkan butiran pendaftaran SST.

 

Untuk lihat maklumat lanjut berkenaan pendaftaran SST bisnes anda seperti Nombor pendaftaran SST, anda boleh rujuk pada website MySST.

Jika anda ingin memaparkan ringkasan cukai pada dokumen jualan dan pembelian seperti di bawah, anda boleh aktifkan pada ruangan Paparkan Ringkasan Cukai dalam dokumen.

2. Setup Kod Tarif / Perkhidmatan

Masukkan kod cukai mengikut jenis jualan dan perkhidmatan untuk dijana pada laporan SST nanti.

 

Kod Cukai untuk Non-taxable

Untuk tambah kod bagi non-taxable item, anda boleh masukkan kod cukai (SST0) dan butiran seperti “Non-taxable”.

Kod Cukai untuk Sales Tax

Untuk tambah kod bagi Sales Tax, anda boleh masukkan kod cukai (sama ada SST5 atau SST10), butiran mengikut jenis item jualan dan akhir sekali, masukkan kod tarif, eg. 9403400000 untuk “wooden furniture of a kind used in the kitchen”. Anda boleh rujuk JKDM HS Explorer untuk semak kod cukai bagi produk jualan anda.

Kod Cukai untuk Service Tax

Untuk tambah kod bagi Service Tax, anda boleh masukkan kod cukai (sama ada SST6 atau SST8), butiran mengikut jenis perkhidmatan dan akhir sekali, masukkan kod jenis perkhidmatan, eg. 9907.06.1674 untuk consultation service. Anda boleh semak kod cukai untuk servis yang ditawarkan melalui website MySST.

Berikut adalah contoh kod cukai yang telah dimasukkan.

3. Assign Kod Tarif/Perkhidmatan Pada Produk

Akhir sekali, assign kod tarif / perkhidmatan pada senarai produk anda.

Setelah anda berjaya setup mengikut tiga langkah di atas, anda boleh mula isukan invois bersama kiraan SST.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes