Cara Rekod Invois Bersama SST

Setelah anda tetapkan butiran SST dalam sistem Niagawan, anda kini boleh mula membuat invois yang menyertakan kiraan SST. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat invois dengan SST.

1. Tambah Invois Jualan Baru

Masukkan maklumat pelanggan anda seperti biasa dan pilih produk atau perkhidmatan yang telah anda tetapkan kod tarif SST. Pastikan produk atau perkhidmatan tersebut telah ditetapkan kod cukai SST eg. SST5, SST8, SST10.

 

Sistem akan secara automatik mengira cukai SST berdasarkan kod tarif yang telah anda tetapkan untuk setiap produk atau perkhidmatan.

 

Cukai Eksklusif

Jika anda menggunakan cukai eksklusif, harga produk yang dipaparkan dalam invois adalah tidak termasuk SST

SST akan ditambah sebagai item berasingan di bawah jumlah harga. Sebagai contoh untuk jumlah almari pakaian di bawah ia dikirakan sebagai RM800 (harga seunit) + RM80 (jumlah cukai) = RM880.00 

 

Cukai Inklusif

Jika anda menggunakan cukai inklusif, harga produk yang dipaparkan dalam invois sudah termasuk SST. Oleh itu, jumlah SST tidak akan ditambah berasingan, tetapi akan diringkaskan di bahagian bawah invois.

2. Semak Ringkasan Cukai Dan Siap

Jika anda telah mengaktifkan fungsi Paparkan Ringkasan Cukai dalam dokumen, anda akan melihat ringkasan SST di bahagian bawah invois. Ini merangkumi jumlah cukai yang dikenakan bagi setiap kod cukai. Setelah selesai, klik Simpan untuk menyimpan invois anda.

 

Anda juga boleh hantar invois kepada pelanggan melalui Whatsapp atau cetak untuk simpanan.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes