Sekiranya anda ingin mengubah e-Invois atau membatalkannya selepas 72 jam, anda perlu mengeluarkan Nota Kredit (Credit Note) atau Nota Bayaran Balik (Refund Note) sebagai penggantian kepada e-Invois tersebut.
Pada invois jualan yang telah berjaya dihantar e-invois, anda boleh isukan nota kredit seperti biasa. Pastikan semua maklumat dalam nota kredit adalah betul dan lengkap.
Klik “Simpan” untuk menghantar nota kredit pada e-Invois. Status nota kredit akan berubah kepada “Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit.”
Setelah disahkan, nota kredit akan tersedia pada e-Invois. Anda boleh cetak atau kongsi e-Invois tersebut melalui pautan yang sama dengan pelanggan anda.
Pergi pada menu Perakaunan, Lebihan Bayaran – Pulangan & Bayaran Balik (Return & Refund) dan create bayaran balik untuk nota kredit di atas.
Tick pada “Perlu e-Invois nota bayaran balik” untuk submit nota bayaran balik (refund note) bagi e-invois tersebut.
Klik “Simpan” untuk menghantar nota bayaran balik (refund note) pada e-Invois. Status nota bayaran balik (refund note) akan berubah kepada “Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit.”
Setelah disahkan, nota bayaran balik (refund note) akan tersedia pada e-Invois. Anda boleh cetak atau kongsi e-Invois tersebut melalui pautan yang sama dengan pelanggan anda.
Nota: Proses yang sama diaplikasikan juga untuk mengubah invois bil kendiri atau membatalkannya selepas 72 jam