Cara Tambah Niagawan Sebagai Intermediary e-Invois

Sebelum mula menggunakan e-invois pada sistem Niagawan, anda boleh terlebih dahulu menambah Niagawan sebagai Perantara (Intermediary). Dalam konteks e-Invois, Niagawan sebagai Perantara (Intermediary) bermaksud Niagawan bertindak sebagai orang tengah antara bisnes anda dan pihak berkuasa iaitu LHDN untuk memproses e-invois anda.

1. Log masuk pada portal MyTax dan pilih MyInvois

Untuk bisnes, anda boleh log masuk menggunakan maklumat pemilik bisnes pada portal MyTax. Kemudian, klik pada MyInvois pada menu.

login mytax
open myinvois
2. Pada Portal MyInvois, buka pada "Lihat Profil Pembayar Cukai"

Setelah berjaya membuka portal MyInvois, anda boleh klik pada ikon profil dan pilih “Lihat Profil Pembayar Cukai”.

profil myinvois
3. Tambah Niagawan sebagai Perantara

Skrol ke bawah pada bahagian Wakil dan klik “Tambah Perantara”.

tambah perantara
4. Masukkan maklumat Niagawan dan buat carian

Masukkan maklumat Niagawan sebagai perantara seperti di bawah dan klik pada butang carian.

 

TIN: C25405119070

BRN: 201701026993

Nama: Niagawan Plus Sdn Bhd

Setelah membuat carian, anda boleh semak pada bahagian Status. Jika Status adalah Aktif, anda boleh klik “Teruskan”.

5. Tetapkan Tarikh Perwakilan dan Permissions

Pada page seterusnya, tetapkan Tarikh Perwakilan dan Permissions.

 

Masukkan Tarikh Perwakilan:

  1. Perwakilan Dari: Masukkan tarikh mula menggunakan e-invois
  2. Perwakilan Hingga: Masukkan tarikh sah Niagawan sebagai Perantara

 

Turn on Permissions:

  1. Lihat Dokumen
  2. Hantar Dokumen
  3. Document – Cancel
  4. Mohon Pembatalan Dokumen
  5. Lihat Notifikasi
5. Klik "Tambah Perantara" dan siap!

Akhir sekali, klik pada butang “Tambah Perantara” dan anda siap untuk menggunakan Niagawan sebagai sistem e-invois anda.

perantara ditambah
Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes