Belanja yang telah dibuat dalam tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum dijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa.
Belanja Terakru perlu ditambah dengan belanja semasa.
Belanja Terakru merupakan LIABILITI SEMASA (dicatat dalam Kunci Kira-Kira).
BELANJA TERAKRU = JUMLAH BELANJA PATUT BAYAR – JUMLAH BELANJA SUDAH BAYAR |
Untuk rekod di dalam sistem Niagawan,
1. Customized Lejar baru as Belanja Terakru dan setkan jenis as LIABILITI.
Kemudian, masukkan amaun Belanja Terakru di Buku Lejar sebagai New Rekod di bahagian Kredit.
DAN
2. Untuk pelaraskan pada akhir tempoh perakaunan belanja ini juga perlu di bahagian Debit under lejar Expenses.
Bagaimana untuk dapatkan Jumlah Belanja Sudah Bayar di dalam sistem Niagawan ?
Selepas cukup tempoh perakaunan, boleh semak di lejar Expenses dengan select by Period perakaunan di General Ledger. Lihat pada total keseluruhan di bahagian Debit, untuk tahu berapa amaun Belanja yang telah dibayar.