Ambilan stok dalam perniagaan boleh berlaku atas pelbagai sebab. Berikut adalah empat kategori utama ambilan stok:
1. Ambilan untuk barang hilang
2. Barang rosak
3. Ambilan untuk kegunaan sendiri
4. Ambilan barang untuk promosi atau marketing
Untuk merekod ambilan ini dengan betul, anda perlu melengkapkan dua langkah utama:
1. Key in adjustment (kuantiti) - Rekodkan di bahagian Inventori.
2. Key in adjustment (nilai/RM) - Rekodkan di bahagian Buku Lejar (Ledger Book).
Ikuti panduan terperinci di bawah untuk setiap langkah:
Langkah ini penting untuk memastikan sistem inventori mencatat perubahan kuantiti barang dengan betul.
1. Pergi ke Menu Product
2. Klik Inventori
3. Cari nama produk yang berkaitan menggunakan ruangan carian, kemudian klik ikon ‘>’ di sebelah nama produk.
4. Klik butang Laras Stok untuk menambah pergerakan stok baru.
5. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh ambilan berlaku.
- Movement: Pilih jenis pergerakan, seperti Out (stok keluar), Damage (barang rosak), atau Lost (barang hilang).
Pastikan jumlah kuantiti yang diambil direkod dengan tepat kerana ia akan menjadi rujukan untuk adjustment nilai pada STEP 2.
Langkah ini melibatkan pencatatan kewangan berdasarkan kuantiti stok yang telah diambil (dirujuk dari STEP 1). Ikuti langkah berikut:
1. Pergi ke Menu Perakaunan
2. Klik Entri Lejar
3. Klik +Baru untuk mencipta entri baru.
Masukkan maklumat berdasarkan kategori berikut:
1. Barang Rosak & Hilang
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Stock Hilang & Rosak – Perbelanjaan (Expenses)
(Nota: Anda perlu customize ledger untuk kategori ini.)
2. Ambilan untuk Kegunaan Sendiri
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Proprietor Salary & Allowance – Perbelanjaan (Expenses)
3. Ambilan untuk Promosi/Marketing
- Credit: Ledger Belian Stok / Inventori (Stock Purchase/Inventori) – Aset Semasa
- Debit: Ledger Advertisement & Promotion – Perbelanjaan (Expenses)
Untuk setiap adjustment nilai ini, anda perlu mengira nilai berdasarkan:
[Harga Kos x Kuantiti yang Diambil]
Gunakan data yang telah direkodkan dalam STEP 1 sebagai rujukan untuk kuantiti.