Sebagai permulaan sebelum menggunakan fungsi e-invois, anda boleh mula membuat tetapan dengan mengemaskini butiran bisnes dan menambah Niagawan sebagai intermediary.
Setelah berjaya membuat tetapan di atas, anda boleh terus isukan e-invois kepada pelanggan anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah.
Untuk kongsi pautan permintaan e-Invois dengan pelanggan anda, isikan invois jualan seperti biasa. Kemudian, klik pada “Perlu e-Invois” dan klik “Save”.

Pada bahagian preview invois jualan, anda boleh skroll ke bawah dan dapatkan maklumat e-invois
Jika maklumat pelanggan belum tersedia:
- Anda boleh lihat status adalah “Maklumat pelanggan diperlukan”.
- Jadi anda perlu dapatkan maklumat pelanggan anda dahulu dengan menghantar customer form melalui link kongsi e-invois sebelum meneruskan proses penghantaran e-invois.
- Setelah pelanggan anda mengisi maklumat yang diperlukan, e-invoice akan terus dihantar untuk pengesahan.

Jika maklumat pelanggan sudah tersedia:
- Anda boleh lihat status adalah “Klik butang untuk menghantar sebagai e-Invois”.
- Jadi anda boleh terus hantar invois jualan sebagai e-invois pada butang “Sedia untuk Hantar”.

Setelah invois jualan telah di hantar sebagai e-invois, status invois akan berubah kepada “Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit.”

Setelah disahkan, anda boleh kongsikan e-invois yang telah berjaya melalui link yang sama atau cetak e-invois. Pelanggan anda juga boleh terus mengakses e-invoice yang berjaya melalui customer form link.
