Sebelum mula menggunakan e-invois pada sistem Niagawan, anda boleh terlebih dahulu menambah Niagawan sebagai Perantara (Intermediary). Dalam konteks e-Invois, Niagawan sebagai Perantara (Intermediary) bermaksud Niagawan bertindak sebagai orang tengah antara bisnes anda dan pihak berkuasa iaitu LHDN untuk memproses e-invois anda.
Untuk bisnes, anda boleh log masuk menggunakan maklumat pemilik bisnes pada portal MyTax. Kemudian, klik pada MyInvois pada menu.


Setelah berjaya membuka portal MyInvois, anda boleh klik pada ikon profil dan pilih “Lihat Profil Pembayar Cukai”.

Skrol ke bawah pada bahagian Wakil dan klik “Tambah Perantara”.

Masukkan maklumat Niagawan sebagai perantara seperti di bawah dan klik pada butang carian.
TIN: C25405119070
BRN: 201701026993
Nama: Niagawan Plus Sdn Bhd
Setelah membuat carian, anda boleh semak pada bahagian Status. Jika Status adalah Aktif, anda boleh klik “Teruskan”.

Pada page seterusnya, tetapkan Tarikh Perwakilan dan Permissions.
Masukkan Tarikh Perwakilan:
- Perwakilan Dari: Masukkan tarikh mula menggunakan e-invois
- Perwakilan Hingga: Masukkan tarikh sah Niagawan sebagai Perantara
Turn on Permissions:
- Lihat Dokumen
- Hantar Dokumen
- Document – Cancel
- Mohon Pembatalan Dokumen
- Lihat Notifikasi

Akhir sekali, klik pada butang “Tambah Perantara” dan anda siap untuk menggunakan Niagawan sebagai sistem e-invois anda.
