Laporan kewangan 101: Apa yang Setiap Bos SME Perlu Tahu

1. Pengenalan

Sebagai seorang bos SME, penting untuk anda memahami keadaan kewangan bisnes anda. Ramai pemilik bisnes terlalu sibuk dengan operasi harian dan sering terlepas pandang kepentingan laporan kewangan - Dokumen-dokumen utama yang membantu anda memahami prestasi bisnes dan merancang untuk pertumbuhan. Laporan ini bukan hanya untuk akauntan; ia untuk anda, pemilik bisnes, supaya dapat membuat keputusan yang bijak dan membawa bisnes ke arah kejayaan jangka panjang.

Dalam blog ini, kami akan jelaskan komponen utama laporan kewangan, bagaimana ia boleh membantu bisnes anda berkembang, dan memberikan tips praktikal untuk menggunakannya dengan efektif. Sama ada anda baru dalam pengurusan kewangan atau ingin memperbaiki pengetahuan anda, panduan ini direka untuk menjadikan proses ini mudah dan ringkas.

2. Apa Itu Laporan Kewangan

Laporan kewangan adalah rekod rasmi aktiviti kewangan perniagaan anda. Ia memberikan gambaran jelas tentang kedudukan kewangan bisnes pada satu-satu masa.

Data ini sangat penting bukan sahaja untuk pengurusan dalaman tetapi juga untuk pihak luar seperti pelabur, bank, dan pihak berkuasa cukai. Secara ringkasnya, laporan kewangan membolehkan anda menjejak aset, liabiliti, pendapatan, dan aliran tunai bisnes anda, memudahkan anda membuat keputusan yang bijak untuk bisnes.

Terdapat tiga jenis laporan kewangan utama yang setiap bos SME perlu tahu: Balance Sheet, Income Statement dan cash flow statement.

Setiap satu memainkan peranan yang berbeza dalam membantu anda memahami aspek kewangan bisnes. Di bahagian berikut, kami akan terangkan setiap laporan ini dengan lebih terperinci supaya anda mudah memahaminya dan menggunakannya dalam operasi harian bisnes anda.

3. Komponen Utama Laporan Kewangan

Penyata untung rugi terdiri daripada beberapa komponen penting:

3.1 Balance Sheet (Kunci Kira-kira)

Balance Sheet adalah gambaran kedudukan kewangan bisnes anda pada satu-satu masa. Ia mengandungi tiga elemen utama: aset, liabiliti, dan ekuiti.

Contoh Kunci Kira-Kira dari sistem NiagaPlus bagi perniagaan kecil
Tangkap layar ini diambil terus dari NiagaPlus, yang memudahkan anda melihat laporan Kunci Kira-Kira tanpa kerumitan – semuanya dalam satu platform

Aset: Merupakan sumber yang dimiliki bisnes, seperti wang tunai, inventori, equipment, dan akaun yang belum dibayar oleh pelanggan.

Liabiliti: Ini adalah apa yang bisnes anda perlu bayar, seperti pinjaman, hutang kepada pembekal, dan kewajipan kewangan lain.

Ekuiti: Ini adalah hal milik dalam bisnes. Ia adalah apa yang tinggal apabila anda tolak liabiliti daripada aset. Secara mudah, ia adalah nilai bersih bisnes.

Balance Sheet (Kunci Kira-kira) mengikuti formula:
Aset=Liabiliti + Ekuiti

Memahami dokumen ini membantu anda mengetahui apa yang dimiliki bisnes, apa yang perlu dibayar, dan apa yang tinggal setelah hutang dilangsaikan.

3.2 Income Statement (Laporan Untung & Rugi)

Income Statement menunjukkan jumlah pendapatan, kos, dan perbelanjaan bisnes anda dalam tempoh tertentu, sama ada sebulan, suku tahun, atau setahun. Laporan ini menunjukkan sama ada bisnes anda menguntungkan atau tidak.

Tangkap layar NiagaPlus menunjukkan laporan Untung Rugi yang mudah diakses dalam satu platform
Tangkap layar ini diambil terus dari NiagaPlus, memudahkan anda melihat laporan Untung Rugi tanpa kerumitan – semuanya dalam satu platform

Pendapatan: Jumlah wang yang diperoleh bisnes anda daripada jualan.

Perbelanjaan: Kos yang ditanggung untuk menjalankan bisnes, seperti sewa, utiliti, gaji, dan kos barang jualan (COGS).

Pendapatan Bersih: ini adalah keuntungan bersih selepas semua perbelanjaan ditolak daripada pendapatan.

Income Statement (Laporan Untung & Rugi) membantu anda melihat dari mana wang anda datang dan ke mana ia dibelanjakan. Jika anda mengalami kerugian, laporan ini membantu anda mengenalpasti kawasan di mana anda boleh mengurangkan kos atau meningkatkan pendapatan.

Untuk baca lebih lanjut tentang penyata untung rugi , boleh baca di sini >> Apa Itu Penyata Untung Rugi? Panduan Lengkap untuk Pemula

3.3 Cash Flow Statement (Laporan Aliran Tunai)

Cash Flow Statement adalah salah satu laporan kewangan yang paling penting, terutamanya untuk SME. Ia menjejak aliran wang masuk dan keluar dari bisnes anda.

Walaupun laporan Income Statement menunjukkan keuntungan, Cash Flow Statement memberi anda gambaran tentang kecairan, iaitu berapa banyak wang tunai yang anda ada untuk menampung perbelanjaan.

Tangkap layar contoh cashflow dari NiagaPlus untuk melihat aliran tunai secara keseluruhan
Contoh cashflow yang memudahkan anda lihat aliran tunai anda secara keseluruhan.

Cash Flow Statement dibahagikan kepada tiga aktiviti utama:

Aktiviti Operasi: Ini menunjukkan aliran tunai yang dihasilkan daripada operasi teras perniagaan, seperti jualan barangan dan perkhidmatan.

Akitiviti Pelaburan: Ini termasuk aliran tunai daripada pembelian atau penjualan aset seperti peralatan atau hartanah.

Pendapatan Bersih: Ini adalah keuntungan bersih selepas semua perbelanjaan ditolak daripada pendapatan.

Aktiviti Pembiayaan: Ini merujuk kepada aliran tunai yang berkaitan dengan peminjaman atau pembayaran balik pinjaman pengeluaran saham, atau pembayaran dividen.

Mempunyai aliran tunai yang positif adalah kritikal untuk SME, kerana ia menunjukkan anda mempunyai tunai yang mencukupi untuk menampung operasi harian dan pelaburan masa depan.

Untuk lebih faham apa itu cashflow , boleh baca di sini >> Apa Itu Cashflow? Panduan Lengkap untuk Pemilik Perniagaan

4. Cara Mentafsir Penyata Kewangan untuk Keputusan Bisnes

Laporan kewangan menyediakan pandangan yang berharga tentang kesihatan kewangan bisnes anda, tetapi anda perlu tahu bagaimana mentafsirkannya dengan betul untuk membuat keputusan yang bijak.

Berikut adalah beberapa metrik kewangan utama dan nisbah yang boleh membantu anda menganalisis laporan kewangan dengan berkesan:

4.1 Nisbah Keuntungan: Nisbah ini mengukur sejauh mana bisnes anda menjana keuntungan dengan cekap. Nisbah utama termasuk margin keuntungan kasar dan margin keuntungan bersih.

4.2 Nisbah Kecairan: Nisbah seperti nisbah semasa dan nisbah pantas menilai keupayaan bisnes anda untuk membayar hutang jangka pendek dengan aset yang tersedia.

4.3 Nisbah Solvabiliti: Ini mengukur keupayaan bisnes anda untuk memenuhi kewajipan jangka panjang, dengan nisbah hutang ke-ekuiti memberikan pandangan tentang bagaimana bisnes anda dibiayai.

Sebagai contoh, jika nisbah kecairan anda menunjukkan kurang daripada 1.0, ini menunjukkan bahawa anda mungkin menghadapi masalah untuk memenuhi liabiliti jangka pendek, yang menandakan keperluan untuk meningkatkan aliran tunai atau mengurangkan liabiliti

5. Kesilapan Biasa yang Dilakukan SME dengan Laporan kewangan

Ramai bos SME, terutamanya yang baru dalam pengurusan kewangan, cenderung melakukan beberapa kesilapan biasa apabila berurusan dengan kewangan. Berikut adalah beberapa yang perlu anda elakkan:

5.1 Fokus Hanya pada keuntungan: Ramai pemilik bisnes hanya menumpukan perhatian kepada laporan untung & rugi. Dan mengabaikan aliran tunai. Bisnes mungkin menguntungkan di atas kertas tetapi masih gagal kerana pengurusan aliran tunai yang lemah.

5.2 Tidak Menyemak Laporan Kewangan Secara Berkala: Tunggu sehingga hujung tahun kewangan untuk mentmak kewanga nanda boleh menyebabkan peluang yang terlepas atau kesilapan yang mahal. Anda sepatutnya menyemak dokumen ini setiap bulan atau suku tahun.

5.3 Salah Tafsir Data Kewangan: Tidak memahami perbezaan antara keuntungan dan aliran tunai boleh membawa kepada keputusan kewangan yang salah, seperti mengambil hutang tambahan apabila aliran tunai tidak mencukupi.

6. Bagaimana Menyemak Laporan Kewangan Secara Berkala Boleh Menggalakkan Pertumbuhan

Salah satu manfaat terbesar daripada menyemak penyata kewangan secara berkala ialah ia membolehkan anda melihat corak dan mengenal pasti peluang untuk pertumbuhan.

Sama ada anda merancang untuk mengembangkan operasi, melabur dalam peralatan baru, atau menganbil lebih banyak kakitangan, memahami keadaan kewangan ada adalah penting.

Berikut adalah cara menyemak laporan kewangan secara berkala boleh membantu:

6.1 Pengurusan Aliran Tunai: Memantau laporan aliran tunai membantu anda memastikan anda mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan dan melabur dalam peluang pertumbuhan.

6.2 Perancangan Masa Depan: Laporan kewangan menyediakan peta jalan untuk perancangan masa depan. Dengan meramalkan pendapatan dan perbelanjaan, anda boleh menetapkan sasaran pertumbuhan yang realistik dan memperuntukkan sumber dengan cekap.

6.3 Keputusan yang Lebih Bijak: Mempunyai maklumat kewangan yang tepat dan terkini membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bijak tentang bisnes anda, seperti bila untuk melabur, bila untuk menyimpan, dan bila untuk mengurangkan perbelanjaan.

Untuk membantu setiap bos SME memahami kesihatan kewangan bisnes dengan jelas, kami menyediakan cloud-based sistem perakaunan dengan automasi dan user-friendly.

Sistem Niagawan membolehkan pengguna akses laporan kewangan dengan cepat yang di-generated secara automatik. Laporan kewangan di update dalam masa nyata, memberikan user akses kepada data yang tepat pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Oleh itu, pengguna boleh fokus kepada pembangunan bisnes dan membuat keputusan yang bijak.

NiagaPlus: Penyelesaian Komprehensif Untuk Perniagaan SME
7. Kesimpulan

Memahami dan menyemak penyata kewangan secara berkala adalah kunci kepada kejayaan SME. Laporan imbangan, laporan tuntung & rugi, dan laproan aliran tunai memberikan gambaran yang jelas tentang kesihatan kewangan bisnes anda, membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan data.

Dengan mempelajari cara mentafsir penyata ini dan mengelakkan kesilapan biasa, anda boleh mendorong pertumbuhan dan memastikan kejayaan jangka panjang syarikat anda.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes