Buku tunai adalah rekod yang digunakan untuk mencatat semua transaksi tunai yang dilakukan oleh perniagaan. Ini termasuk wang yang diterima (debit) dan wang yang dibelanjakan (kredit).
Dalam ertikata lain, buku tunai adalah satu rekod tunai harian. Dalam buku tunai anda dapat melihat penerimaan dan pengeluaran wang samada dalam bentuk tunai atau cek dan baki tunai pada setiap hari.
Buku tunai biasanya dipecahkan kepada dua kolom utama: kolom debit dan kolom kredit.
Buku tunai memainkan peranan penting dalam mengurus dan memantau aliran tunai perniagaan anda.
Ia memudahkan anda untuk mengesan sebarang kesalahan dalam transaksi tunai dengan cepat dan membantu dalam penyediaan laporan kewangan bulanan atau tahunan.
Dalam satu hari anda mungkin melakukan banyak transaksi perniagaan, dengan buku tunai setiap transaksi ini akan dicatitkan. Bila Keluar masuk wang direkodkan dengan baik, pasti kebocoran tunai dapat dikesan pada hari yang sama.
- Kumpulkan Semua Resit dan Bukti Pembayaran: Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti pembayaran untuk setiap transaksi tunai.
- Catat Semua Transaksi: Catat setiap transaksi tunai, termasuk tarikh, penerangan transaksi, jumlah yang diterima atau dibelanjakan, dan baki akhir.
- Gunakan Sistem Buku Tunai: Gunakan sistem akaunting seperti NiagaPlus untuk merekod dan mengurus data tunai dengan lebih mudah.
- Semak dan Kemas Kini Secara Berkala: Semak dan kemas kini buku tunai anda secara berkala untuk memastikan semua transaksi telah direkodkan dengan betul.
Bayangkan anda menjalankan sebuah kedai runcit. Setiap kali anda menerima pembayaran tunai dari pelanggan atau membelanjakan wang untuk membeli stok, anda akan mencatatkan transaksi tersebut dalam buku tunai. Sebagai contoh:
- Debit: Jumlah wang yang diterima oleh perniagaan (contohnya, jualan tunai).
- Kredit: Jumlah wang yang dibelanjakan oleh perniagaan (contohnya, pembelian stok dan pembayaran bil).
- Baki: Baki wang yang ada selepas setiap transaksi.
- Baki B/B: Baki bawa ke bawah, iaitu baki akhir pada akhir tempoh.
- Baki B/F: Baki bawa ke atas, iaitu baki awal pada permulaan tempoh seterusnya.
- Lakukan Pengauditan Berkala: Lakukan pengauditan buku tunai secara berkala untuk memastikan ketepatan rekod.
- Latih Pekerja Anda: Pastikan pekerja anda terlatih dalam mengurus dan merekod transaksi tunai dengan tepat.
- Pantau Aliran Tunai dalam Masa Nyata: Gunakan sistem pengurusan buku tunai yang membolehkan anda memantau aliran tunai dalam masa nyata untuk membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Screenshot ini menunjukkan rekod buku tunai yang dihasilkan oleh sistem NiagaPlus, yang memberikan gambaran lengkap tentang aliran tunai dalam perniagaan anda. Berikut adalah komponen utama yang dipaparkan dalam screenshot:
-
Pembukaan: Ini adalah baki tunai yang tersedia pada permulaan tempoh.
Dalam screenshot ini, jumlah pembukaan adalah RM887,879.91. Baki ini mewakili jumlah tunai yang ada sebelum sebarang transaksi dilakukan dalam tempoh tersebut. -
Duit Masuk: Menunjukkan jumlah wang yang diterima sepanjang tempoh tersebut.
Dalam kes ini, jumlah duit masuk adalah RM14,759.00 Ini termasuk semua penerimaan tunai dari jualan atau sumber lain yang meningkatkan baki tunai anda. - Duit Keluar:Merujuk kepada jumlah wang yang dibelanjakan atau dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.
-
Baki: Ini adalah baki tunai selepas mengambil kira semua transaksi duit masuk dan duit keluar.
Dalam screenshot ini, baki akhir adalah RM13,415.60. Ia menunjukkan jumlah tunai yang ada selepas semua transaksi telah direkodkan. -
Baki B/F: Ini adalah baki yang dibawa dari tempoh sebelumnya ke dalam tempoh semasa.
Dalam screenshot ini, baki bawa ke hadapan adalah RM901,295.51. Ia menggambarkan jumlah tunai yang akan digunakan sebagai baki awal untuk tempoh berikutnya.
Paparan yang jelas dan teratur ini memudahkan anda untuk memantau dan menguruskan kewangan anda dengan lebih berkesan.
Daftar dengan NiagaPlus hari ini dan lihat bagaimana ia boleh membantu mengurus kewangan bisnes bengkel anda dengan lebih baik!
Terima Kasih,
Team Niagawan