#1. #1. Buku Tunai - Urus Duit Masuk dan Keluar
Mula dengan Buku Tunai. Rekod setiap duit masuk dan keluar dalam bisnes seperti jualan dan perbelanjaan, termasuk juga ambilan peribadi dan sebagainya. Akaun bisnes anda akan jadi lebih kemas dari sebelumnya.

#2. #2. Buku Lejar - Kategorikan Jenis Urusniaga
Selepas masukkan rekod dalam Buku Tunai, anda boleh kategorikan setiap rekod ikut jenis lejar yang berlainan. Ini adalah berguna untuk mendapatkan laporan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Anda juga boleh customize lejar ikut kesesuaian bisnes anda.

#3. #3. Produk, Inventori dan Invois Belian (updated)
Cara masukkan produk, inventori dan kemaskini senarai harga / kos. Anda juga boleh masukkan Invois Belian daripada pembekal dan sistem akan automatik kemaskini stok dalam inventori.

#4. #4. Invois Jualan, Resit dan DO
Cara masukkan invois jualan, resit/bayaran daripada pelanggan, set DO untuk tolak stok dari inventori. Anda juga boleh uruskan beberapa kali bayaran seperti deposit dan baki daripada pelanggan. Gunakan jualan runcit untuk pelanggan yang 'walk-in'.

#5. #5. Jenis Harga, Cth Stokis, Ejen, Dropship (updated)
Gunakan Jenis Harga yang berlainan untuk pelanggan seperti Stokis, Ejen dan Dropship. Anda cuma perlu set Jenis Harga untuk pelanggan tertentu dan sistem akan gunakan harga tersebut dalam invois.

#6. #6: Multi-User untuk Staf Yang Lain-Lain (new)
Cara untuk tambah pengguna untuk staf. Contoh, staf akaun, staf jualan, staf storekeeper. Anda boleh set akses menu yang berlainan untuk setiap staf anda.

#7. #7: Niagawan untuk Bisnes Servis/Pembuatan (new)
Cara gunakan Niagawan untuk bisnes jenis servis seperti restoren, cafe, salon, printing, kontraktor, dan sektor pembuatan seperti kek dan sebagainya.