Langkah 1 / 8 Setkan outlet & cukai
Nama outlet, alamat yang keluar di resit, SST dan caj perkhidmatan. Semua ini tercetak atas setiap resit anda.
Masukkan menu / produk
Kategori dan harga. Ini kerja paling besar — buat masa tunggu peranti sampai, sikit-sikit pun boleh.
Tambah staf & PIN
Setiap juruwang ada PIN sendiri. Waiter ada login sendiri untuk ambil order di meja. Anda kawal apa mereka boleh buat.
Meja & QR pesanan sendiri
Senarai meja anda dan kod QR untuk setiap meja. Pelanggan scan, order sampai terus ke kaunter. Untuk F&B — kedai runcit boleh langkau.
Peranti dah sampai?
Bahagian B bermula bila tablet atau iMin anda ada di tangan. Simpan link ini — sambung bila-bila masa.
Perlukan: WiFi kedai dan akaun sistem akaun Niagawan anda.
Pasang app & kod pairing
Muat turun Niagawan POS di tablet atau iMin anda. Buka app, masukkan kod pairing — terminal anda terus sambung ke sistem akaun Niagawan.
Kod pairing anda — dapat dalam sistem akaun Niagawan: Point of Sale → Terminal.
Sambung printer & cetak ujian
Bluetooth, WiFi atau printer built-in iMin. Ikut wizard dalam app, tekan Cetak Ujian. Resit ujian keluar — printer sedia.
Buka shift & jualan pertama
Masukkan duit apungan, ambil order pertama, terima bayaran. Resit keluar — tahniah, anda dah mula berniaga!
Tutup shift & tengok jualan hari ini
Tutup shift bila habis hari. Jualan hari ini terus ada dalam sistem akaun Niagawan — dari mana-mana, bila-bila masa.
Tahniah! PosPro anda dah sedia berniaga.
Dari kotak sampai resit pertama — anda dah lalui semuanya. Simpan panduan ini di sebelah kaunter.
Buku Panduan PosPro (PDF)Bahagian A + B, satu muka surat Muat turunPerlu bantuan? Tanya kami di WhatsApp