SOFTWARE AKAUN
Niagawan adalah sofware akaun secara online yang boleh diakses melalui web browser seperti Chrome dan Firefox, sama ada dengan laptop atau pun smartfon. Anda boleh muat turun mobile app Niagawan di GooglePlaystore atau Apple Store.

Sila tonton video ringkas di bawah.


Soalan Lazim (FAQ)
Boleh satu akaun guna untuk beberapa syarikat?
Satu akaun adalah untuk satu syarikat. Jika anda mempunyai beberapa syarikat atau bisnes, sebaiknya asingkan akaun kerana jika tidak, semua rekod anda akan tercampur dan susah nak tengok yang mana untung, yang mana rugi.
Adakah semua data selamat dan sulit?
Ya. Sebagai pembekal servis untuk Niagawan, adalah jadi tanggungjawab kami untuk melindungi data anda dengan sulit dan selamat. Kami tidak akan menjual atau mendedahkan rekod anda kepada mana-mana pihak, termasuk staf kami. Hanya jika anda memerlukan bantuan teknikal, kami akan log masuk ke akaun anda untuk siasat isu anda.
Apakah kelengkapan server dan backup untuk data?
Niagawan menggunakan cloud server, iaitu jaringan server yang boleh ditambahkan kapasiti seperti CPU, memory dan disk space apabila bilangan pengguna meningkat. Setiap hari kami akan backup semua data di server yang berasingan. Jika terjadi apa apa, kami boleh restore data anda dengan selamat.
Berapa pengguna boleh saya guna?
Bilangan pengguna adalah tidak terhad. Akan tetapi pengguna adalah untuk akses akaun syarikat yang sama sahaja. Anda boleh tambah pengguna untuk staf dan bagi akses khas untuk mereka. Elak tambah pengguna untuk stokis atau ejen kerana Niagawan adalah sistem accounting dan anda tidak ingin orang lain akses rekod akaun anda.
Kalau tiada Internet, boleh guna lagi?
Tidak dapat kerana Niagawan adalah 100% online. Asalkan mana-mana ada Internet, anda boleh akses dengan smartfon, tablet atau laptop. Anda hanya perlu log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan untuk akses akaun anda.
Kalau tidak lagi sambung bayar, apa akan terjadi?
Jika anda tidak sambung bayar, akaun anda akan jadi tidak aktif dan anda tidak akan dapat akses. Jika dah lama akaun anda tidak aktif, kami akan hantar mesej kepada anda. Sekiranya anda tidak lagi ingin sambung, hanya kami akan padam akaun tersebut.
Boleh saya dapatkan Akaun Trial?
Maaf ya, kami tidak mempunyai Akaun Trial. Tapi jika anda ingin lihat demo, anda boleh lihat tutorial video yang kami sudah sediakan dan faham dahulu. Anda juga akan dapat jaminan pulangan wang 30 hari jika anda rasa Niagawan tidak sesuai untuk bisnes anda.
Boleh buat akaun akhir untuk filling dan audit?
Boleh. Selepas anda siapkan akaun anda, anda boleh cetak report yang diperlukan oleh auditor seperti Penyata Untung Rugi, Kunci Kira Kira, Lejar Am untuk dihantar kepada auditor.
Boleh saya masukkan rekod akaun yang lepas?
Boleh. Anda hanya perlu isi tarikh yang lepas sahaja seperti 2016, 2015 dan sebagainya. Sistem Niagawan akan bawa baki ke tahun yang berikut secara otomatik.
Adakah Niagawan untuk enterprise sahaja?
Niagawan adalah untuk semua bisnes termasuk Enterprise dan juga Sendirian Berhad, atau jika anda hanya berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Asalkan ada duit masuk dan keluar, anda boleh rekod dengan Niagawan. Untuk yang Sendirian Berhad, anda boleh hantar laporan akhir akaun kepada auditor.


Fungsi Software Akaun
  • Buku Tunai (Cash Book)
  • Buku Lejar (Ledger Book)
  • Invois Jualan (Sales invoice)
  • Bayaran (Payment)
  • Penghantaran (Delivery Order)
  • Sebut Harga (Quotation)
  • Database Pelanggan (Customer)
  • Senarai Harga (Price List)
  • Kos Jualan (Cost of Goods Sold)
  • Produk & Kategori (Product & Category)
  • Inventori & Stok (Inventory & Stock)
  • Invois Belian (Purchase Invoice)
  • Pesanan Belian (Purchase Order)
  • Aliran Tunai (Cash Flow)
  • Penyata Untung Rugi (Profit Loss)
  • Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)
  • Lejar Am (General Ledger)
  • Imbangan Duga (Trial Balance)
  • Laporan Jualan (Sales Report)
  • Pelbagai Pengguna (Multi-User)


Fungsi SST/GST
  • Senarai Produk Dicukai (Taxable Product)
  • Laporan SST (SST Report)


Sesuai Untuk Bisnes
  • Peniaga Online
  • Kedai Retail
  • Stokis / Ejen
  • Fesyen, Aksesori
  • Kontraktor Binaan
  • Restoren / Cafe
  • Printing / Banner
  • Tuisyen / Tadika
  • Workshop Kereta
  • Printing T-Shirt
  • Bakeri / Kek / Cookies
  • Handfon / Komputer
  • Katering
  • Penternakan
  • Salon / Spa
  • Sewa Kereta
  • Persatuan / Kelab
  • Penjaja / Pasar Malam
  • Home Stay / Hotel
  • Dobi / Cuci Kereta
  • Tukang Jahit
  • Peguam / Akauntan
  • Pemborong
  • Kedai Hardware
  • Jurugambar / MUA
  • Juruelektrik / Plumber
  • Insuran / Unit Trust
  • Kedai Vendor
  • Wedding Planner
  • Badan Pengurusan
  • Ejen Hartanah
  • dan banyak lagi...