×
Rekod Kewangan Bisnes Anda Jadi Mudah
Mudah Sahaja urus duit dengan aplikasi Niagawan POS di Handfon anda!
Anda Ingin Rekod Jualan, Cetak Resit Dan Lihat Untung Rugi?
Tiada masalah, semuanya boleh buat di handfon sekarang.
  • Rekod sale
  • Cetak resit Dimana-mana
  • Kira Untung Rugi
  • Anggar cukai dan zakat bulanan
  • Siap untuk e-Invoice nanti
Niagawan POS Tak Perlu Invest Beli Mesin Atau Tablet Yang Mahal
Bukan POS Biasa
POS yang biasa anda nampak, biasanya perlukan mesin yang besar, pakai elektrik, dan kena belanja berapa ribu untuk beli mesin, tablet, tak termasuk lagi nak langgan Aplikasi.

Untuk guna Niagawan POS, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah ini:
  • Download App
  • Sambung ke Bluetooth Printer
  • Cetak Resit
Niagawan POS Siap Boleh Rekod Belian Dan Perbelanjaan
Rekod Semua Perbelanjaan Dan Belian
Aplikasi POS memang banyak untuk anda rekod sale dan cetak resit, tapi kami yakin jarang anda akan nampak yang boleh bagi anda rekod perbelanjaan dan belian.
Tak Perlu Risau Resit Hilang
Anda boleh juga ambil gambar resit belian untuk upload supaya tak risau lagi resit tersebut hilang atau pudar nanti.
Niagawan POS Terus Kira Untung Rugi Secara Realtime
Terus Lihat Untung Rugi
Tidak perlu lagi bayar dan tunggu akauntan untuk buat. Selepas anda masukkan duit jualan dan perbelanjaan, bahagian laporan akan terus memaparkan anda berapa untung bulan tersebut.
Anggaran Cukai Dan Zakat
Selain untung rugi, anggaran cukai yang dikenakan dan zakat pun akan dikira secara automatik dan dipaparkan kepada anda.
Isi Maklumat Anda & Dapatkan Consultation Percuma Sekarang!
Bisnes Anda Wajib e-Invoice? Tak Ada Masalah!
Sistem Niagawan POS Pro sudah bersedia sepenuhnya untuk e-Invoice LHDN.
Mobile Icon
QR Code untuk Customer
Setiap resit ada QR Code khas — customer hanya perlu scan dan isi maklumat mereka untuk terima e-Invoice dengan mudah.
Setting Icon
Consolidated e-Invoice
Untuk jualan tanpa permintaan e-Invoice, sistem akan hasilkan consolidated e-Invoice secara automatik — hanya satu klik untuk hantar.
Setting Icon
Tak Perlu Kursus Pening
Tak perlu buang masa hadiri kursus e-Invoice yang rumit. Serahkan saja pada sistem Niagawan — semua dah siap untuk anda.
.
Pakej dan Harga Sistem Akaun Niagawan POS
Tak Pasti? Tanya Sales Team Kami
Niagawan POS
RM 197 / tahun
*Tidak termasuk SST
  • Rekod jualan dengan smartphone
  • Cetak resit dengan bluetooth printer
  • Rekod belian dan perbelanjaan
  • Kira Untung Rugi
  • Anggar cukai dan zakat bulanan
  • Siap untuk e-Invoice nanti
Tingkatkan Pelan Anda dengan Add-On
User Tambahan
RM 100 seorang / tahun
Tambah pengguna untuk lebih staf akses aplikasi ini serentak.
Bluetooth Printer
RM 100 / One Time
Cetak resit hanya dengan link smartphone ke bluetooth printer
Masih Kurang Pasti? Tanya Sales Team Kami
Soalan Lazim Anda Mungkin Tertanya-tanya?
1. Bolehkah staf guna?
Ya, staf boleh menggunakan aplikasi Niagawan POS ini. Namun, untuk membolehkan staf mengakses aplikasi, pemilik (owner) perlu menambah bilangan pengguna melalui pembelian add-on.

Ini kerana pakej asas hanya menyediakan akses untuk seorang pengguna sahaja secara default.
2. Jika ada beberapa gerai macam mana?
Untuk setiap gerai tambahan, Anda perlu membeli akaun baru Niagawan POS.

Ini kerana setiap bisnes memerlukan pengasingan untuk laporan seperti P&L (Profit and Loss), cukai, zakat, dan e-filing yang sesuai dengan keperluan pengurusan bisnes yang terpisah secara administratif dan cukai.

Dengan memisahkan akaun untuk setiap gerai atau unit bisnes, Niagawan POS memastikan bahawa Anda dapat menguruskan dan melaporkan kewangan secara terpisah.
3. Macam mana jika nak dapatkan penyata untung rugi?
Anda boleh mendapatkan penyata untung rugi dengan cara hanya pergi ke bahagian “Report” dalam aplikasi Niagawan POS.

Dengan langkah ini, Anda dengan mudah dapat mengakses laporan untung rugi melalui aplikasi Niagawan POS.
4. Bolehkah Niagawan POS digunakan untuk menguruskan inventori?
Tidak, Niagawan POS tidak dapat digunakan untuk menguruskan inventori. Niagawan POS direka untuk menguruskan transaksi kewangan dan melihat penyata untung rugi.

Jika anda memerlukan pengurusan inventori yang lebih lengkap dan tersusun, kami syorkan menggunakan Sistem Akaun Niagawan+Niagawan POS. Anda boleh menguruskan produk dan stok di dalam Sistem Akaun Niagawan, dan auto sync ke Niagawan POS.
5. Bolehkah Niagawan POS link ke Sistem Akaun Niagawan?
Ya, perancangan sedang dilakukan untuk menghubungkan Niagawan POS dengan Sistem Akaun Niagawan. Ini akan membolehkan integrasi antara kedua platform untuk memudahkan penggunaan dan pengurusan kewangan secara lebih efisien.

Sila pantau perkembangan lebih lanjut mengenai integrasi ini.
6. Adakah data akan dibackup? Bagaimana jika fon saya hilang?
Ya, kami jamin setiap maklumat yang anda rekod di dalam aplikasi Niagawan POS akan dibackup setiap hari. Ini bermakna tidak ada risiko kehilangan data walaupun jika fon anda hilang.

Dengan perlindungan backup harian ini, anda boleh yakin bahawa data transaksi anda selamat dan boleh diakses semula dengan mudah pada bila-bila masa.
7. Bolehkan Niagawan POS digunakan untuk menerima e-wallet, kad credit payment dan sebagainya?
Niagawan POS tidak dapat digunakan secara langsung untuk menerima pembayaran melalui e-wallet atau kad kredit.

Walau bagaimanapun, anda boleh mencatat jenis pembayaran tersebut dalam aplikasi dengan cara memberikan catatan melalui menu pilihan jenis pembayaran yang digunakan.

Dengan cara ini, Niagawan POS membolehkan anda untuk merekodkan maklumat pembayaran secara terperinci, walaupun transaksi sebenar tidak dilakukan secara langsung melalui aplikasi.