{"id":48485,"date":"2024-10-23T11:43:58","date_gmt":"2024-10-23T03:43:58","guid":{"rendered":"https:\/\/niagawan.com\/my\/?p=48485"},"modified":"2025-08-14T04:21:14","modified_gmt":"2025-08-14T04:21:14","slug":"cash-flow-atau-keuntungan-cara-bijak-urus-kewangan-perniagaan-anda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/cash-flow-atau-keuntungan-cara-bijak-urus-kewangan-perniagaan-anda\/","title":{"rendered":"Cash Flow atau Keuntungan? Cara Bijak Urus Kewangan Perniagaan Anda"},"content":{"rendered":"<h2>\n\t\t\t\t\t\t\tPengenalan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tSebagai pemilik perniagaan, pernah tak anda rasa keliru antara istilah cash flow dan keuntungan? Jangan risau, anda tidak keseorangan! Ramai orang memang susah nak beza antara kedua-duanya kerana nampak serupa, tetapi sebenarnya, ia tak sama langsung. <\/p>\n<p>Aliran tunai ni lebih kepada wang yang keluar masuk secara harian\u2014pendek kata, duit yang sentiasa bergerak dalam perniagaan anda. Manakala, keuntungan pula ialah hasil bersih yang tinggal selepas semua kos ditolak.<\/p>\n<p>Mungkin anda pernah dengar kisah perniagaan yang &#8220;untung besar&#8221; tapi akhirnya tak boleh bertahan lama sebab masalah aliran tunai. Itulah yang terjadi bila cash flow tak dikawal. Jadi, macam mana nak pastikan kedua-duanya seimbang? <\/p>\n<p>Artikel ini akan berkongsi beberapa tips dan langkah mudah untuk membantu anda urus cash flow dan keuntungan dengan lebih cekap, supaya kewangan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan stabil dan terkawal.\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t1. Apa Itu Cash Flow?<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tCash flow ni, kalau nak ringkaskan, adalah tentang duit keluar masuk dalam perniagaan hari-hari. Bila anda buat jualan, duit pun masuklah. Tapi bila tiba masa nak bayar sewa, gaji pekerja, dan belanja lain, duit pun keluarlah. <\/p>\n<p>Senang kata, aliran tunai ni penting sebab ia yang buat perniagaan terus berjalan setiap bulan. Pendek kata, aliran tunai ni kira macam \u201cnadi\u201d untuk pastikan perniagaan terus berjalan lancar. Mudah, kan?<\/p>\n<p><b>Kenapa Penting Memantau Cash Flow?<\/b><br \/>\n<b>1. Menentukan likuiditi perniagaan:<\/b> Dengan pantau aliran tunai, anda boleh pastikan perniagaan anda cukup tunai untuk menampung semua kos tanpa perlu ambil pinjaman. Kalau aliran tunai anda positif, itu tandanya perniagaan anda dalam keadaan baik dan stabil.<\/p>\n<p><b>2. Elak Masalah Kewangan Jangka Pendek:<\/b><br \/>\nWalaupun perniagaan kelihatan untung di atas kertas, kekurangan cash flow boleh beri tekanan. Bila cash flow rendah, mungkin susah nak bayar bil, gaji, atau beli stok baru.\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t1.1 Positive vs. Negative Cash Flow<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>Cash Flow Positif<\/b><br \/>\n<br \/>\nCash flow positif ni senang saja \u2014 bila duit yang masuk lagi banyak daripada yang keluar. Dengan aliran tunai macam ni, perniagaan bukan saja boleh bayar semua kos harian, tapi ada juga lebihan tunai untuk simpanan atau kalau perlu tampung kecemasan. <\/p>\n<p>Ringkasnya, cash flow positif ni macam \u201ccushion\u201d kewangan yang beri ketenangan bila hadapi apa-apa situasi tak dijangka.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"274\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Positive-cashflow-768x274.jpg\" alt=\"Tangkap layar graf aliran tunai bulanan untuk tahun 2023, menggambarkan aliran tunai positif dengan peningkatan wang masuk\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Positive-cashflow-768x274.jpg 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Positive-cashflow-300x107.jpg 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Positive-cashflow-1024x366.jpg 1024w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Positive-cashflow.jpg 1115w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Contoh graf aliran tunai bulanan menunjukkan aliran wang positif yang sihat di NiagaPlus<\/figcaption><\/figure>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>Cash Flow Negative<\/b><br \/>\n<br \/>\nKalau cash flow negatif pula, maksudnya lebih banyak duit keluar daripada masuk. Ini boleh jadi tanda masalah sebab perniagaan mungkin tak cukup tunai nak cover belanja harian.<\/p>\n<p>Walaupun di atas kertas nampak untung, kalau cash flow negatif, mungkin terpaksa cari pinjaman atau potong belanja sikit untuk elak masalah kewangan nanti.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"269\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/NegativeCash-Flow-768x269.jpg\" alt=\"Tangkap layar graf aliran tunai bulanan menggambarkan aliran tunai negatif dengan penurunan wang masuk\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/NegativeCash-Flow-768x269.jpg 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/NegativeCash-Flow-300x105.jpg 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/NegativeCash-Flow-1024x359.jpg 1024w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/NegativeCash-Flow.jpg 1162w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Graf aliran tunai bulanan menunjukkan aliran wang negatif yang perlu diberi perhatian untuk memastikan kelangsungan perniagaan<\/figcaption><\/figure>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tUntuk lebih faham apa itu cashflow, anda boleh baca artikel ini >> <a href=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/2024\/07\/12\/apa-itu-cashflow-panduan-lengkap-untuk-pemilik-perniagaan\/\">Apa Itu Cashflow? Panduan Lengkap untuk Pemilik Perniagaan<\/a>\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t2. Apa Itu Keuntungan?<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tKeuntungan ni adalah jumlah yang anda dapat selepas tolak semua kos dari pendapatan perniagaan. Ia memberi anda idea sebenar tentang sejauh mana perniagaan anda boleh bertahan. Ada dua jenis keuntungan yang perlu anda tahu:\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>1. Keuntungan Kasar: <\/b><br \/>\nPendapatan perniagaan selepas menolak kos jualan langsung (seperti bahan mentah atau barang yang dijual).<\/p>\n<p><b>2. Keuntungan Bersih: <\/b> Jumlah yang tinggal selepas menolak semua kos operasi, termasuk gaji, sewa, dan cukai.\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"968\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penyata-Untung-Rugi-768x968.png\" alt=\"Contoh Penyata Untung Rugi dalam NiagaPlus untuk perniagaan pemula.\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penyata-Untung-Rugi-768x968.png 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penyata-Untung-Rugi-238x300.png 238w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penyata-Untung-Rugi-813x1024.png 813w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penyata-Untung-Rugi.png 1134w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Tangkap layar ini menunjukkan contoh laporan untung rugi dari NiagaPlus, platform pengurusan akaun yang memudahkan usahawan mengurus kewangan mereka.<\/figcaption><\/figure>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\tKepentingan Memantau Keuntungan:<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>Mengukur keberhasilan perniagaan: <\/b><br \/>\nKeuntungan ni penting untuk bagi anda gambaran tentang sejauh mana perniagaan boleh berkembang. Ia juga tunjukkan sama ada hasil jualan cukup untuk bayar semua kos.<\/p>\n<p><b>Membantu dalam perancangan jangka panjang: <\/b> Dengan keuntungan, anda boleh rancang untuk buat pelaburan baru, besarkan perniagaan, atau strategi lain untuk tingkatkan daya saing.\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t3. Perbezaan Utama Antara Cash Flow dan Keuntungan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tPerbezaan antara cash flow dan keuntungan mungkin kelihatan kecil, tetapi ia boleh memberi impak besar kepada perniagaan:<\/p>\n<p><b>1. Cash Flow adalah real-time:<\/b><br \/>\nWang yang anda ada untuk digunakan sekarang.<\/p>\n<p><b>2. Keuntungan adalah angka atas kertas:<\/b><br \/>\nJumlah yang anda dapat selepas kos ditolak, tetapi ia tidak bermaksud anda mempunyai wang tunai yang tersedia.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, jika anda mempunyai pelanggan yang lambat membuat bayaran, keuntungan mungkin menunjukkan perniagaan berjaya, tetapi cash flow anda akan terjejas kerana wang tidak diterima dengan cepat.\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"495\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Cash-flow-vs-keuntungan-768x495.jpg?ver=1729672185\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Cash-flow-vs-keuntungan-768x495.jpg 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Cash-flow-vs-keuntungan-300x193.jpg 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Cash-flow-vs-keuntungan.jpg 838w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Perbezaan asas antara cash flow dan keuntungan<\/figcaption><\/figure>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t4. Cara Bijak Mengurus Cash Flow dan Keuntungan Bersama<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>Pantau cash flow harian atau mingguan: <\/b><br \/>\nJangan tunggu sehingga akhir bulan untuk menyemak kewangan anda. Gunakan software pengurusan kewangan seperti Niagawan atau NiagaPlus untuk membantu anda menjejak aliran tunai.<\/p>\n<p><b>Tawarkan diskaun untuk bayaran awal:<\/b><br \/>\nAnda boleh tawarkan diskaun kepada pelanggan yang membayar secara tunai atau kad debit (wave). Ini mempercepatkan aliran tunai anda dan mengurangkan masalah pelanggan lambat bayar.<\/p>\n<p><b>Kurangkan kos tetap:<\/b><br \/>\nSemak semula kos operasi anda, seperti sewa, bil utiliti, atau kos langganan. Kurangkan di mana yang boleh untuk memastikan anda mempunyai lebih banyak cash flow.\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t5. Kesilapan Umum yang Menjejaskan Cash Flow dan Keuntungan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<br \/>\n<b>1. Terlalu fokus pada keuntungan tanpa memantau cash flow:<\/b><br \/>\n<br \/>\nRamai pemilik perniagaan terjebak dalam angka keuntungan dan lupa untuk memantau cash flow mereka. Ini boleh menyebabkan masalah besar ketika tiba masa untuk membayar gaji atau sewa. <\/p>\n<p>Contohnya, jika seorang pemilik kedai tidak menyedari bahawa banyak pelanggan yang berhutang, dia mungkin tidak mempunyai cukup tunai untuk menampung perbelanjaan bulanan.\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"768\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-768x768.png\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-768x768.png 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-300x300.png 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-150x150.png 150w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-400x400.png 400w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003-800x800.png 800w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG003.png 1012w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>2. Kurangnya penagihan yang efisien:<\/b><br \/>\n<br \/>\nMengurus invois dan penagihan dengan baik sangat penting. Apabila invois tidak dihantar tepat pada waktunya atau pelanggan tidak diingatkan tentang pembayaran tertunggak, ini boleh menyebabkan aliran tunai terjejas.<\/p>\n<p>Banyak pemilik perniagaan beranggapan pelanggan akan membayar secara automatik, tetapi perlu diingat bahawa ingatan sering diperlukan.\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"481\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Aging-Report-768x481.jpg\" alt=\"Laporan aging NiagaPlus untuk memantau dan mengurus hutang pelanggan bagi memastikan aliran tunai lancar\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Aging-Report-768x481.jpg 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Aging-Report-300x188.jpg 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Aging-Report-1024x641.jpg 1024w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Aging-Report.jpg 1155w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Pantau dan urus hutang pelanggan dengan laporan aging dari NiagaPlus untuk memastikan aliran tunai yang lancar<\/figcaption><\/figure>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>3. Mengabaikan perancangan aliran tunai:<\/b><br \/>\n<br \/>\nTanpa perancangan yang baik, sukar untuk meramalkan keperluan kewangan di masa hadapan. Pemilik perniagaan harus meluangkan masa untuk merancang aliran tunai bulanan, termasuk ramalan untuk pendapatan dan perbelanjaan.<\/p>\n<p> Ini akan membantu dalam mengelakkan kekurangan tunai yang boleh menyebabkan masalah operasi.<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t6. Cara Bijak untuk Mengurus Cash Flow dan Keuntungan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>1. Pemantauan Secara Berkala<\/b><br \/>\nPantau cash flow dan keuntungan anda secara berkala. Gunakan software seperti NiagaPlus untuk membantu anda mendapatkan laporan kewangan yang jelas dan tepat.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>2. Penyusunan Invois yang Tepat<\/b><br \/>\nPastikan invois dihantar tepat pada waktunya dan ikuti dengan peringatan kepada pelanggan yang belum membayar. Ini akan membantu meningkatkan aliran tunai.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<figure>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"454\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penagihan-768x454.jpg?ver=1729674410\" alt=\"Tangkap layar invois jualan NiagaPlus yang menunjukkan terma pembayaran pelanggan\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penagihan-768x454.jpg 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penagihan-300x177.jpg 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penagihan-1024x605.jpg 1024w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Penagihan.jpg 1142w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption>Dengan invois jualan di NiagaPlus, anda boleh melihat terma pembayaran pelanggan dan memantau tarikh akhir pembayaran<\/figcaption><\/figure>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>3. Perancangan Kewangan yang Baik<\/b><br \/>\nLuangkan masa untuk merancang aliran tunai anda. Buat anggaran dan ramalan untuk mengetahui keperluan kewangan di masa hadapan.<\/p>\n<p><b>4. Berkemahiran dalam Pengurusan Hutang<\/b><br \/>\nJika perniagaan anda memberi kredit kepada pelanggan, pastikan anda menguruskan hutang dengan baik. Pantau pembayaran dan hubungi pelanggan jika pembayaran terlambat.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\tKesimpulan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tMemahami perbezaan antara cash flow dan keuntungan adalah langkah penting dalam mengurus kewangan perniagaan anda. Dengan pengurusan yang bijak, anda boleh memastikan perniagaan anda tidak hanya menguntungkan tetapi juga mempunyai aliran tunai yang sihat.<\/p>\n<p> Menggunakan alat dan strategi yang betul akan memudahkan anda dalam mengurus kewangan dan memastikan kelangsungan perniagaan.\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\t\t\t\t\t<a href=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/plus\/\"><br \/>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\tDapatkan NiagaPlus Sekarang<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Sebagai pemilik perniagaan, pernah tak anda rasa keliru antara istilah cash flow dan keuntungan? Jangan risau, anda tidak keseorangan! Ramai orang memang susah nak beza antara kedua-duanya kerana nampak serupa, tetapi sebenarnya, ia tak sama langsung. Aliran tunai ni lebih kepada wang yang keluar masuk secara harian\u2014pendek kata, duit yang sentiasa bergerak dalam perniagaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":48702,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[33],"tags":[],"class_list":["post-48485","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-insight-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48485","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48485"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48485\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":52786,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48485\/revisions\/52786"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48702"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48485"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48485"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48485"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}