{"id":48378,"date":"2024-10-22T15:54:40","date_gmt":"2024-10-22T07:54:40","guid":{"rendered":"https:\/\/niagawan.com\/my\/?p=48378"},"modified":"2025-08-14T04:21:14","modified_gmt":"2025-08-14T04:21:14","slug":"memahami-likuiditi-panduan-praktikal-untuk-usahawan-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/memahami-likuiditi-panduan-praktikal-untuk-usahawan-kecil\/","title":{"rendered":"Memahami Likuiditi: Panduan Praktikal untuk Usahawan Kecil"},"content":{"rendered":"<h2>\n\t\t\t\t\t\t\tPengenalan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tLikuiditi ni sebenarnya satu konsep penting dalam kewangan, tapi ramai pemilik bisnes kecil mungkin tak berapa faham. Secara ringkasnya, likuiditi ni bermaksud keupayaan bisnes untuk tukar aset jadi tunai dengan cepat supaya semua kos harian boleh ditanggung tanpa ganggu operasi.<\/p>\n<p>Bayangkan kalau anda ada kedai runcit \u2013 setiap hari mesti ada bayaran untuk stok, sewa, dan gaji pekerja. Likuiditi bisnes anda akan tentukan sama ada cukup tak tunai yang ada untuk bayar semua ni bila-bila masa diperlukan.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t1. Kepentingan Likuiditi untuk Perniagaan Kecil<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tLikuiditi bukan sahaja penting untuk pastikan bisnes berjalan lancar setiap hari, tapi juga jadi pelindung bila keadaan kewangan tak menentu. Berikut ialah beberapa sebab kenapa likuiditi sangat penting untuk perniagaan kecil:<\/p>\n<p><b>1.1 Pembayaran Harian dan Kos Operasi<\/b><br \/>\nTanpa aliran tunai yang cukup, bisnes mungkin akan sukar nak bayar kos harian macam sewa, gaji, dan bil utiliti. Kurang tunai boleh mengganggu operasi dan akhirnya sebabkan kerugian lebih besar dalam jangka panjang.<\/p>\n<p><b>1.2 Menghadapi Situasi Kecemasan<\/b><br \/>\nLikuiditi juga penting untuk menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka, seperti kerosakan peralatan atau penurunan jualan yang tiba-tiba. Dengan mempunyai tunai yang mencukupi, perniagaan boleh menguruskan krisis ini dengan lebih mudah.<\/p>\n<p><b>1.3 Elak Hutang Berlebihan<\/b><br \/>\nKalau bisnes kurang tunai, biasanya terpaksa ambil pinjaman jangka pendek atau guna overdraf. Ini boleh tambahkan hutang yang sebenarnya tak perlu dan akhirnya menjejaskan operasi perniagaan.\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"768\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-768x768.png\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-768x768.png 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-300x300.png 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-150x150.png 150w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-400x400.png 400w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004-800x800.png 800w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/IMG004.png 1012w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t2. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Likuiditi Perniagaan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tTerdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi likuiditi sesebuah perniagaan, termasuk:<\/p>\n<p><b>Aset Tidak Likuid:<\/b><br \/>\n<br \/>\nJika kebanyakan aset perniagaan anda terdiri daripada barangan yang sukar dijual dengan cepat, seperti peralatan besar atau stok lambat bergerak, likuiditi anda akan terjejas.<\/p>\n<p><b>Contoh:<\/b> Pemilik kedai pakaian mungkin mempunyai banyak stok pakaian musim lepas yang tidak terjual, yang tidak mudah ditukar kepada tunai.<\/p>\n<p><b>Pengurusan Aliran Tunai:<\/b><br \/>\n<br \/>\nPengurusan aliran tunai yang tidak efisien boleh menyebabkan masalah likuiditi. Jika perniagaan tidak mempercepatkan pengutipan hutang dari pelanggan, ia akan menjejaskan keupayaan untuk membayar perbelanjaan operasi.\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t3. Bagaimana Mengira Likuiditi Perniagaan Anda?<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tTerdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur likuiditi perniagaan, termasuk:<\/p>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>3.1 Current Ratio (Nisbah Semasa): Mengira kemampuan perniagaan untuk memenuhi liabiliti jangka pendek dengan aset semasa.<\/b><\/p>\n<p><b>Formula:<\/b> Current Ratio = Aset Semasa \/ Liabiliti Semasa<br \/>\nCurrent ratio = RM 50,000 \/ RM 30,000<br \/>\nCurrent ratio = RM 1.67<\/p>\n<p><b>Contoh:<\/b> Jika aset semasa Ali adalah RM50,000 dan liabiliti semasa adalah RM30,000, maka nisbah semasa Ali adalah 1.67. Ini menunjukkan bahawa dia mempunyai RM1.67 dalam aset untuk setiap RM1 liabiliti.\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>3.2 Quick Ratio (Nisbah Segera): Mengira kemampuan perniagaan untuk membayar liabiliti tanpa bergantung pada inventori.<\/b><\/p>\n<p><b>Formula:<\/b> Quick Ratio = (Aset Semasa &#8211; Inventori) \/ Liabiliti Semasa<br \/>\nQuick ratio = (RM 50,000 &#8211; RM 10,000) \/ RM 30,000<br \/>\nQuick ration = 1.33<\/p>\n<p><b>Contoh:<\/b> Jika Ali mempunyai RM50,000 dalam aset semasa dan RM10,000 dalam inventori, dan RM30,000 dalam liabiliti, quick ratio Ali adalah 1.33.\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"753\" src=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-768x753.png\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-768x753.png 768w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-300x294.png 300w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-1024x1004.png 1024w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-1536x1505.png 1536w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-600x588.png 600w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM-50x50.png 50w, https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Menu-Perakaunan-BM.png 1660w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/>\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t4. Cara Praktikal untuk Tingkatkan Likuiditi<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tNak tingkatkan likuiditi perniagaan? Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil:<\/p>\n<p><b>4.1 Kurangkan Jualan Kredit:<\/b><br \/>\n<br \/>\nCuba lebih fokus pada jualan tunai dan kurangkan bagi kredit kepada pelanggan. Ini akan bantu aliran tunai masuk jadi lebih cepat, dan anda tak perlu risau sangat tentang pembayaran tertunggak.<\/p>\n<p><b>4.2 Percepatkan Kutipan Hutang<\/b><br \/>\n<br \/>\nPasti anda pernah hadapi situasi dengan pelanggan yang lambat bayar. Jadi, cubalah untuk percepatkan kutipan hutang. Anda boleh beri insentif bagi mereka yang bayar awal atau kenakan sedikit penalti untuk yang lewat. Ini akan buat pelanggan lebih cepat bayar<\/p>\n<p><b>4.3 Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu<\/b><br \/>\n<br \/>\nAmbil masa sekejap untuk semak perbelanjaan operasi anda dan cari mana-mana kos yang boleh dikurangkan. Sebagai contoh, tukar kepada penyedia perkhidmatan utiliti yang lebih murah. Langkah kecil ini boleh bantu tingkatkan likuiditi anda dengan lebih baik!<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t5. Kesilapan Umum yang Menjejaskan Likuiditi<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tUsahawan sering kali membuat kesilapan dalam pengurusan likuiditi yang menyebabkan perniagaan mereka terjejas. Beberapa kesilapan umum termasuk:<\/p>\n<p><b>1. Mengabaikan Kos Kecil:<\/b><br \/>\n<br \/>\nWalaupun nampak remeh, kos-kos kecil seperti yuran transaksi atau perbelanjaan harian boleh mengumpul dan memberi impak yang besar pada aliran tunai.<\/p>\n<p><b>2. Jualan Kredit Berlebihan:<\/b><br \/>\n<br \/>\nMemberi terlalu banyak kredit kepada pelanggan boleh menjejaskan aliran tunai. Jika hutang pelanggan terkumpul tanpa bayaran, likuiditi perniagaan akan terganggu.<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t6. Contoh Praktikal: Kedai Runcit Ali<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\t<b>Senario Ali:<\/b><br \/>\n<br \/>\nAli menjalankan sebuah kedai runcit dan setiap bulan dia perlu bayar kos-kos macam stok dari pembekal, gaji pekerja, dan sewa kedai. Walaupun jualan bulanannya stabil, Ali kerap hadapi masalah kekurangan tunai. Kenapa? Sebab dia banyak beri kredit kepada pelanggan dan ada stok yang tak laku.<\/p>\n<p><b>Penyelesaian:<\/b><br \/>\n<br \/>\nUntuk baiki aliran tunai, Ali mula beri diskaun kepada pelanggan yang bayar secara tunai dan mempercepatkan kutipan hutang dari pelanggan berhutang. Dia juga lebih berhati-hati dalam menguruskan stok, hanya beli barang yang betul-betul laris di pasaran. Ini bantu Ali tingkatkan likuiditi perniagaan.<\/p>\n<p>Kalau Ali nak tarik lebih ramai pelanggan, dia boleh bagi diskaun khas untuk mereka yang bayar tunai atau guna kad debit. Cara ini akan tambah aliran tunai dan memudahkan Ali untuk mengurus kos jangka pendek.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\t7. Perbezaan Antara Likuiditi dan Keuntungan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tRamai pemilik bisnes anggap kalau bisnes mereka untung, mereka takkan hadapi masalah tunai. Tapi sebenarnya, keuntungan dan likuiditi adalah dua benda berbeza. <\/p>\n<p>Walaupun perniagaan mencatat keuntungan, belum tentu ada tunai yang cukup untuk cover perbelanjaan harian. Jadi, penting untuk faham perbezaan ni dan seimbangkan fokus antara untung dan likuiditi untuk pastikan bisnes kekal stabil.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<h2>\n\t\t\t\t\t\t\tKesimpulan<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/h2>\n<p>\n\t\t\t\t\t\tLikuiditi tu memang penting gila untuk pastikan bisnes terus jalan, especially untuk perniagaan kecil. Kalau pengurusan likuiditi mantap, pemilik bisnes dapat bersedia untuk hadapi apa saja cabaran ekonomi dan pastikan semua operasi berjalan dengan lancar.\n\t\t\t\t\t<\/p>\n<p>\t\t\t\t\t<a href=\"https:\/\/niagawan.com\/my\/plus\/\"><br \/>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\tPelajari NiagaPlus<br \/>\n\t\t\t\t\t<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Likuiditi ni sebenarnya satu konsep penting dalam kewangan, tapi ramai pemilik bisnes kecil mungkin tak berapa faham. Secara ringkasnya, likuiditi ni bermaksud keupayaan bisnes untuk tukar aset jadi tunai dengan cepat supaya semua kos harian boleh ditanggung tanpa ganggu operasi. Bayangkan kalau anda ada kedai runcit \u2013 setiap hari mesti ada bayaran untuk stok, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":48704,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[33],"tags":[],"class_list":["post-48378","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-insight-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48378","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48378"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48378\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":52787,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48378\/revisions\/52787"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48704"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48378"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48378"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/niagawan.com\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48378"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}