Mudahnya Uruskan Akaun
Rakan perakaunan untuk bisnes anda








Apa Kata Mereka Yang Telah Menggunakan Niagawan?

Saya di mana-mana, bisnes masih lagi boleh jalan.
Sebelum ini saya jual beli secara manual. Selepas gunakan Niagawan, banyak benda yang saya tahu, contohnya kos barang, pembekal, macam mana nak aturkan cashflow, dan kita boleh kendalikan bisnes tanpa perlu ada di kedai.

Fungsi yang paling best dalam Niagawan adalah saya boleh nampak jualan saya satu bulan berapa, satu hari berapa walaupun saya ada di luar seperti sini. Dan selepas staf bayar perbelanjaan kedai, keuntungan sebulan boleh cover atau tidak.


Dapat 'collect' hutang pelanggan dengan berkesan.
Sebelum ni kita tak boleh tengok secara real time, contoh berapa jualan dan duit keluar. Salah satu masalah yang telah diatasi adalah collection hutang pelanggan di mana kalau tidak diurus dengan baik, ianya sangat serius dan boleh menyebabkan bisnes kita 'meninggal'.

Tapi kini selepas menggunakan Niagawan, saya boleh monitor secara online tanpa perlu masuk ke office. Staf boleh collect hutang pelanggan dengan berkesan setiap minggu. Cashflow makin lama makin naik dengan banyak.




Dapat jaga Cashflow, lebih untung dan jualan naik 40%.
Masa kita baru setup bisnes, ada masalah cashflow yang berterabur, zakat tidak dapat ditunaikan sebab tak tahu kira. Kita juga belanja untuk macam-macam benda dan tak nampak keuntungan.

Selepas menggunakan Niagawan, kita dapat jaga cashflow dan tahu apa yang dibelanjakan dengan betul. Bisnes jadi lebih untung dan peningkatan jualan sebanyak 40%. Ini kerana kalau kita tak jaga cashflow, bisnes kita tidak akan untung walaupun jualan banyak.