Terima kasih kerana memilih Niagawan untuk bantu bisnes anda.
Berikut merupakan 3 langkah mudah yang perlu anda lakukan untuk setup akaun Niagawan anda:

Untuk setup akaun bisnes anda, anda perlu ke bahagian setting. Anda diminta untuk isi setiap data yang diperlukan bergantung kepada maklumat bisnes anda.

Seterusnya, masukkan data-data pelanggan yang sedia ada. Klik pada bahagian pelanggan dan masukkan data-data pelanggan yang telah anda simpan.

Masukkan opening balance untuk baki tunai dan bank. Anda boleh masukkan opening balance dengan klik pada cashbook, dan masukkan pada bahagian debit. Kemudian, anda perlu setkan di lejer sebagai baki terdahulu daripada pemilik liabiliti.
Kini, anda telah selesai setup akaun Niagawan anda menggunakan 3 langkah mudah ini. Untuk lebih faham berkenaan cara-cara untuk setup akaun anda, tonton video yang kami sediakan ini.