5 Filem Mengisahkan Tentang Bisnes Yang Wajib Anda Tonton

Ada banyak filem yang boleh anda tonton jika anda sedang mencari inspirasi untuk bisnes milik anda. Ini antara filem yang wajib anda tonton dan jadikan inspirasi dalam bisnes anda.

1. The Billionaire (Thailand)

The Billionaire merupakan filem biografi yang diadaptasi dari kisah benar salah seorang usahawan muda Thailand, Top Ittipat, pengusaha jenama snek rumpai laut popular Tao Kae Noi.

Filem ini berkisarkan tentang perjalanan hidup Top untuk mencapai kejayaan disamping pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui dan membuatkan beliau beberapa kali terjatuh dan akhirnya membuahkan hasil atas usaha dan semangat beliau untuk kekal berjuang.

2. The Inventor: Out for Blood in Silicon Valley

Filem ini berkisarkan tentang Elizabeth Holmes, pemilik kepada syarikat kesihatan gergasi Amerika Syarikat, Theranos. Filem ini merupakan dokumtasi yang menceritakan tentang Elizabeth Holmes yang mendakwa peranti keluarannya, Edison. Khabarnya produk ini dapat melakukan puluhan ujian darah tetapi hakikatnya semuanya adalah dusta.

Dokumentari ini menceritakan perjalanan setelah ujian darah yang dilakukan tidak berjaya dan kemudian Elizabeth Holmes dituduh sebagai penjenayah semasa sesi interview bersama Insiders. Dokumentari ini turut memenangi anugerah “Writers Guild of America Award for Best Documentary Screenplay” bagi tahun 2020.

3. The Pursuit of Happiness

Filem ini menampilkan Will Smith yang memegang watak sebagai Chris Gardner, seorang yang berpengalaman dalam bidang jualan dan mula menceburkan diri dalam bidang pernigaan.

Chris telah menghabiskan semua wang simpanan yang beliau ada untuk membeli mesin pengimbas ketumpatan tulang mudah alih tetapi telah megakibatkan beliau gagal dalam perniagaan, Oleh sebab tanggungjawab sebagai seorang bapa, beliau tekad untuk lakukan apa sahaja dan mencuba untuk sediakan yang terbaik untuk anaknya.

4. Steve Jobs

Filem ini diadaptasi daripada perjalanan hidup pengasas kepada jenama teknologi terkenal, Apple Inc. Watak Steve Jobs digalas oleh Michael Fassbender dan sememangnya bukan mudah untuk melakonkan watak Steve Jobs yang berat dan penuh emosi.

Filem ini wajib anda tonton kerana anda dapat belajar jatuh bangun hidup satu nama besar dan boleh dijadikan panduan bagi anda yang menjalankan bisnes.

5. The Wolf of Wall Street

Filem ini berkisarkan tentang seorang broker saham, Jordan Belfort, dilakonkan oleh pelakon terkenal Leonardo DiCaprio. Jordan bermula sebagai broker di firma broker Wall Street. Menjelang awal tahun 1990-an, Belfort mula mengasaskan firmanya sendiri, Stratton Oakmont. Sejak dari itu, Belfort mula memperoleh kekayaan dengan menipu para pelabur dengan hasil berjuta-juta.

Walaupun filem ini berkisahkan tentang penipuan, tetapi masih boleh menjadi tauladan buat para usahawan.

Selain dari 5 filem di atas, ada banyak lagi filem yang boleh anda tonton untuk dijadikan tauladan buat anda yang menjalankan bisnes.

You may also like

Kongsikan artikel ini

Scroll to Top

Rekod Jualan & Hantar Invois, Di Mana-Mana Sahaja!

Urus jualan dan hantar invois kepada pelanggan hanya dengan 2 step mudah!

Produk & Open Item

Urus pesanan dan produk yang dipesan oleh pelanggan dengan mudah dan tersusun.

Info Pelanggan

Simpan maklumat pelanggan di dalam sistem Niagawan & jimat masa untuk rekod jualan.

Bayaran & Baki

Tambah bayaran pelanggan sama ada bayaran penuh, separuh atau tiada rekod bayaran.
 

Invois

Invois akan di generate secara automatik setelah anda simpan rekod jualan.

Cetak & Whatsapp

Cetak dan hantar invois kepada pelanggan bila-bila masa sahaja, secara on-the-spot.