fbpx
PENTING KE AKAUN DALAM BISNES?

Anda mempunyai bisnes tapi masih anggap akaun bukan antara paling penting dalam bisnes?

Jom lihat Niagawan kongsikan 5 Kepentingan Akaun Dalam Bisnes.

1. Kenal Pasti Kedudukan Kewangan Syarikat

Antara fungsi utama akaun dalam bisnes adalah untuk bantu anda kenal pasti kedudukan kewangan bisnes anda. Tetapi apa kepentingan untuk anda tahu kedudukan kewangan bisnes anda?

Kedudukan kewangan bisnes sangat penting untuk anda tahu di mana tahap bisnes anda dan perancangan untuk masa depan.

2. Membantu Analisa Dan Perancangan Bisnes

Perancangan bisnes merupakan antara kunci kejayaan sesebuah bisnes. Tanpa pengurusan wang yang baik bagaimana untuk buat analisa semasa bisnes anda seterusnya sediakan perancangan untuk bisnes anda.

3. Pinjaman Mudah Diluluskan

Anda pernah melalui fasa di mana anda ingin buat pinjaman untuk majukan bisnes anda tetapi ditolak kerana tiada pengurusan akaun yang baik.

Dokumen tidak lengkap, laporan untung rugi yang tidak terurus dan banyak lagi punca yang buatkan pinjaman anda ditolak boleh diluluskan dengan mudah jika anda uruskan akaun dengan baik.

4. Merancang Percukaian Syarikat Bagi Tahun Semasa

Cukai pernigaan merupakan antara perkara wajib tetapi ramai pemilik bisnes culas untuk selesaikan. Ramai yang menggunakan alasan terlampau susah untuk buat pengiraan antara sebab mereka buat keputusan untuk tak bayar cukai perniagaan.

Adakah anda tahu bahaya jika anda mengabaikan cukai perniagaan. Apa kata selepas ini anda uruskan akaun dengan baik untuk mudahkan anda buat pengiraan cukai perniagaan.

5. Merancang Strategi Pengurusan Risiko

Setiap perniagaan pasti ada risiko tersendiri. Strategi yang baik merupakan cara terbaik untuk anda tangani sebarang risiko yang datang.

Ketahui tahap kewangan bisnes anda untuk rancang strategi kepada sebarang kemungkinan yang boleh terjadi kepada bisnes anda.

Semoga artikel ini bakal membuka mata anda para pemilik bisnes untuk uruskan bisnes anda dengan lebih baik. Jika anda cari sistem/ software akaun yang boleh mudahkan semua urusan anda pada harga mampu milik, klik link di bawah untuk dapatkan lebih info.

https://niagawan.com/my/plus/

Author
Fathinah
Fathinah
“It's not about the words that come out of your mouth. It's about the words that come out of your heart.”
Recommended For You

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top
Dapatkan Combo Niagawan Plus + Palm Sekarang!

JIMAT SEHINGGA RM 97

*Tertakluk kepada terma dan syarat