Daftar Akaun

1. MAKLUMAT AKAUN
Pakej dan Info Bisnes
2. BUAT BAYARAN
Online Banking / Deposit
1. Pilih Pakej Akaun
2. Maklumat Akaun

3. Cara Bayaran
 

Anda Ada Soalan?

Play Video

Niagawan adalah software akaun. Jadi tak kira Enterprise atau Sdn Bhd, Niagawan boleh digunakan untuk bisnes jenis produk atau servis. 

Dalam mana-mana bisnes, prinsip perakaunan adalah sama. Yang lain adalah cara kita rekod akaun untuk jenis bisnes berlainan. Jadi, team kami akan guide anda secara langkah demi langkah untuk setup akaun anda dengan betul.

Basic, anda akan dapat akses kepada software akaun Niagawan dan boleh belajar secara DIY melalui video tutorial yang disediakan. Untuk anda yang mempunyai skil komputer dan sedikit background perakaunan, anda boleh pilih pakej Basic.

Premium adalah untuk mereka yang ingin kami support secara 1-1. Anda akan di-assign seorang client account manager (CAM) untuk bantu anda setup akaun anda, dan guide secara langkah demi langkah. Setiap bulan, CAM akan semak akaun anda untuk memastikan ianya betul. Tambahan juga, anda akan dapat group coaching untuk tip-tip pengurusan kewangan bisnes daripada pengasas Bryant Gan.

Selepas anda hantar info pendaftaran dan buat bayaran, anda akan terima kata laluan akaun Niagawan anda melalui SMS. Pastikan anda isi No Telefon Bimbit anda dengan betul. Jika anda tidak menerima apa-apa mesej daripada kami, sila hubungi kami.

Kami tidak menyediakan free trial untuk software Niagawan. Tapi kalau anda ingin fahamkan lebih, anda boleh dapatkan consultation percuma daripada team kami untuk demo dan terangkan kepada anda lebih lanjut.

Data anda disimpan dalam cloud server secara online. Kami mempunyai kelengkapan rangkaian server yang stabil. Setiap malam, kami akan backup data anda secara automatik. Jika terjadi apa-apa tragedi, kami akan dapat restore data anda kurang dari 24 jam yang lepas.

Niagawan direka mengikut kesesuaian peniaga menguruskan kewangan bisnes mereka, berbanding dengan yang direka untuk akauntan. Jadi ianya lebih mudah difahami dengan video tutorial dan juga bantuan dari support team kami. Sehingga ini, ramai pengguna Niagawan memuji ianya senang.

Jika anda jadi pengguna Premium Niagawan, anda akan dibantu khas oleh client account manager secara 1-1 untuk bimbing anda setup akaun anda secara langkah demi langkah. Anda akan jimat masa dan dapat uruskan akaun anda dengan lebih cepat. 

Tapi jika anda ambil Basic, anda kena DIY dengan video tutorial yang kami sediakan.

Niagawan telah beroperasi sejak 2016. Sehingga kini, lebih 10,000 peniaga telah menggunakan Niagawan untuk uruskan akaun mereka. Dengan yuran software yang diperbaharui setiap tahun, maka syarikat akan terus dapat beroperasi.

Anda boleh import dan export customer database, senarai produk ke dalam Niagawan dalam bentuk CSV (Excel). Kami ada menyediakan tutorial untuk import. Tapi untuk invois dan perbelanjaan, anda perlu key-in secara manual.

Untuk export data akaun, anda boleh cetak atau export dalam bentuk CSV (Excel) laporan akaun seperti rekod jualan, bayaran, penyata untung rugi (PNL), balance sheet, general ledger dan sebagainya.