Pergi ke menu Inventory/Stok, lihat jenis produk dan kod anda.
Contohnya produk anda, Korean Summer Dress (D0001) ini kuantitinya ada 4 pcs tapi ianya telah hilang/rosak 1 pcs.
Bagaimana anda nak tolak 1 pcs produk itu daripada inventori anda?
Caranya ialah anda perlu key in di bahagian Inventori/Stok :
Produk : Korean Summer Dress D0001 – (pilih produk yang hilang/rosak)
Aliran Stok : Hilang
Tarikh : 01-08-2019
Kuantiti : 1
Catatan : Last Stock Check pada 8 Jan 2019
Dan kllik Tambah.
Dan di sini anda akan nampak kuantitinya telah hilang 1 dan tinggal 3.
Step 2 pula ialah :
Anda perlu tolak nilai inventori anda sebab stok telah hilang 1, bukan?
So kos per unit per dress ini ialah RM40.
Pergi ke Buku Lejar dan tambah transaksi lejar dan isi butir-butir yang disediakan beserta produk anda yang telah hilang dan kemudian klik Simpan.
Pergi semula ke bahagian Buku Lejar untuk anda adjust rekod rekod akaun anda tanpa melibatkan cash.
Step 3 pula ialah :
Stok hilang atau rosak ianya dikira sebagai expenses dalam bisnes anda sebab ianya rugi.
Anda perlu masukkan sebagai expenses sebagai kerosakan/hilang stok.
Tambah transaksi lejar anda seperti dibawah :
Lejar : Kerosakan/Hilang Stok
Jenis urusniaga : Debit
Tarikh : 01.08.2019
Butir-butir : stok hilang – D0001
Amaun : RM40
Dan klik Simpan.
Macam tu Balance Sheet anda akan balace dan bila anda tengok Balance Sheet anda, stok hilang lepas tolak stok yang hilang dan sekarang tinggal amaun ini sebagai current assets
Dan bila anda lihat penyata Untung Rugi, anda akan nampak, ianya sebagai expenses anda dalam Penyata Untung Rugi jadi RM40.
Ini adalah profit bersih anda.
Video Tutorial
Cara Masukkan Produk & Kategori
Untuk bisnes jenis trading, sekarang anda perlu masukkan produk supaya nanti anda boleh guna untuk rekod invois jualan. Pergi ke menu Produk / Kategori. Klik Baru. Kemudian masukkan butir-butir …
Cara Import Produk dan Kategori ke dalam Niagawan
Bagaimana kalau anda nak key in sale invoice anda yang mempunyai 1000-2000 jenis produk? Secara logiknya, takkan anda nak masuk satu per satu. Anda hanya perlu pergi ke menu …
Cara Set Harga Diskaun, Kos, Stokis, Ejen, Dropship
Bagaimana caranya anda boleh menggunakan Niagawan untuk urus stokis, ejen dan dropship anda? Mari saya tunjukkan. Di sini anda masukkan sahaja invois jualan seperti biasa apabila mereka order daripada …