Cara Rekod Bayaran Berkala (Partial Payment) Barang Consignment

Play Video

Bagaimana nak dapatkan rekod bayaran ikut jualan unit terjual (partial payment)?

Untuk bisnes jenis consignment dimana anda hantar produk kepada org dahulu tanpa mereka buat bayaran. Sangat-sangat senang, biar saya tunjukkan.

Apabila anda hantar produk secara consignment kepada orang

Contoh situasinya, anda jual perfume dengan harga jualannya RM15, anda hantar bagi ke vendor dan anda hantar 100 unit. Anggap sahaja anda hantar barang ini kepadanya.

Anda hantar ke Fatimah Hassan dan delivery method isi dengan lengkap.

Payment tak diterima lagi so invois ini sebenarnya adalah Unpaid.

Barang yang sudah hantar key in sebagai Delivered. Ianya akan ditunjukkan status sebagai delivered dimana ianya akan terus tolak stok daripada inventori.

Apabila duit telah diterima oleh consignee anda dan di bank in kepada anda dengan harga amaun tersebut, anda hanya perlu offset payment tersebut dan klik Simpan.

Anda akan nampak dengan jelas berapa baki yang dia masih berhutang dengan anda.

Untuk baki yang dia tak jual tetapi dia nak pulangkan kepada anda, guna Credit Note sebagai tujuan pemulangan barang dan klik Simpan.

Ianya akan tunjuk bahawa invois ini sudah tidak berhutang kepada anda kerana stok tersebut telah dipulangkan.

Ini adalah cara dimana anda key in untuk bisnes yang menggunakan consignment.

Video Tutorial

Cara Rekod Perbelanjaan

Bagaimana caranya anda boleh rekod perbelanjaan dalam Niagawan? Sekarang anda boleh pergi ke Buku Tunai, di mana Debit adalah duit masuk dan Kredit adalah duit keluar. Apa-apa sahaja duit …

Baca Lebih Lanjut »

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.